Polis pantau genstersime di sekolah, IPT
07/09/2013 5:54pm
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu giat melakukan pemantauan di
sekolah di seluruh negeri bagi membanteras kegiatan merekrut pelajar
sebagai anggota kongsi gelap.
Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, pemantauan turut dilakukan di institusi pengajian tinggi.
Beliau berkata, walaupun tiada maklumat berkaitan kegiatan itu di
kalangan pelajar namun senario tersebut perlu dipandang serius sebagai
langkah pencegahan awal.
"Kita tetap optimis untuk membanteras kegiatan tersebut dari menular
di negeri ini dan pemantauan secara berterusan dilakukan bagi membendung
kegiatan negatif ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -
Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2eChAYaAQ
Hakcipta terpelihara


0 orang berkata:
Post a Comment