Runtuh: 8 keluarga diarah pindah
KUALA LUMPUR - Lapan daripada 16 keluarga yang diarah pindah dari
Kuarters Institusi Pendidikan Pangsapuri Desa 17, Taman Melati berikutan
kesan runtuhan laluan pejalan kaki bersebelahan projek loji kumbahan
sejak Ahad lalu, terpilih menerima penempatan sementara.
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdullah Mad Yunos berkata, lapan kekosongan itu bakal ditawar dan diisi kepada keluarga yang tiada penempatan selepas diarah berpindah.
Menurutnya, mereka termasuklah tiga keluarga yang sebelum ini dilaporkan tinggal di dalam surau.
“Pihak jabatan akan membantu mereka secara berperingkat iaitu kategori yang benar-benar memerlukan terlebih dahulu.
“Penempatan yang dikenal pasti adalah seperti Kolam Air Panas, Sentul Utama dan Kiara Emas,” katanya.
Menurutnya, nasihat perpindahan itu pastinya membebankan penghuni namun berharap tidak menjejaskan reputasi dan bidang tugas masing-masing.
“Di pihak jabatan kami membantu untuk meringankan beban yang ditanggung. Nasihat pemindahan itu bukan untuk menyusahkan sebaliknya untuk menjaga keselamatan mereka sekeluarga,” katanya.
Ditanya tempoh masa pemindahan keluarga yang terlibat sebelum dibenarkan pulang, beliau memberitahu tidak dapat dipastikan dan bergantung sehingga siasatan selesai.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati kerja mengambus tanah masih dilakukan dan pemasangan kain kanvas telah dibuat.
Jurugambar dan wartawan turut dilarang masuk atau mengambil gambar dalam kawasan kuarters berkenaan atas faktor keselamatan.

0 orang berkata:
Post a Comment