Tuesday, September 17, 2013
Pemilihan Umno: Orang Akan Tanya 'Apa Ada Di Pasir Mas'
Tapi saya tanya 'Apa ada di dalam UMNO?'
Pemilihan Umno: Persaingan sengit di Pasir Mas
Pemilihan Umno: Persaingan sengit di Pasir Mas
17 September 2013
PASIR MAS -
Desas-desus mengatakan semua jawatan tertinggi Umno Bahagian Pasir Mas
bakal dipertandingkan pada Mesyuarat Agung Umno, Oktober ini bukan omong
kosong apabila calon-calon yang menawar diri bertanding mula turun ke
peringkat bawah dengan mengadakan pertemuan bersama pemimpin akar umbi.
Sebelum ini
terdapat perkhabaran bahawa jawatan-jawatan seperti Ketua Bahagian,
Wanita, Pemuda dan Puteri bakal direbut dan ia menjadi bualan hangat
dalam kalangan perwakilan cawangan.
Kejutan jawatan Ketua Bahagian.
Sebelum ini,
ramai perwakilan meramalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas yang
disandang Datuk Hanafi Mamat tidak akan dicabar selepas beliau
mengumumkan bersedia mempertahankan jawatan itu.
Namun jawatan
itu dikatakan bakal dicabar oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas
sekarang ini, Johan Che Pa yang dikhabarkan mendapat sokongan padu
'orang kuat' Pasir Mas.
Johan dijangka
mengumumkan keputusan sama ada akan bertanding atau tidak pada saat
akhir, iaitu sebelum tarikh akhir penyerahan borang pencalonan dan
tindakannya dilihat memberi tamparan hebat kepada Hanafi dalam usahanya
untuk terus kekal menerajui kepimpinan Umno Bahagian Pasir Mas.
Kredibiliti
kedua-dua calon tidak perlu dipertikaikan kerana masing-masing mempunyai
peluang seimbang pada pemilihan parti itu nanti.
Bagaimanapun,
Hanafi dilihat mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan jawatannya
kerana tindakan Johan menarik diri dari bertanding pada PRU13 bagi
memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali dilihat sedikit menjejaskan
reputasinya.
Tindakan beliau
(Johan) dilihat seperti 'mengkhianati' kepercayaan penyokong Umno yang
ingin melihat parti itu menawan semula Parlimen Pasir Mas.
Cabaran daripada 'datin'
Penyandang
jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Mas, Rita Sarbanon
Ismail telah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan
kali ini.
Bagaimanapun,
beliau dikatakan bakal dicabar oleh isteri kepada seorang kenamaan yang
turut berminat untuk merebut jawatan berkenaan, untuk berkhidmat di
Parlimen Pasir Mas.
Seandainya
benar, Rita Sarbanon dijangka berdepan saingan sengit daripada calon
yang bergelar 'datin' itu dan kedua-duanya perlu bekerja keras dalam
usaha memastikan kemenangan pada pemilihan berkenaan.
Pertandingan empat penjuru
Sementara itu,
persaingan empat penjuru bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian
Pasir Mas menjadi isu hangat dalam kalangan perwakilan setelah
penyandangnya, Najib Rasdan Abdul Rahman tidak mempertahankan jawatan
itu berikutan faktor had umur.
Antara nama-nam
yang menyatakan kesediaan merebut jawatan itu adalah Naib Ketua Pemuda
Umno Bahagian Pasir Mas, Mohamed Fareez Nor Amran dan tiga muka baru,
iaitu ahli perniagaan, Noor Hariri Mohamed Noor; guru merangkap
Pengerusi Gerakan Belia 4B Pasir Mas, Rizduan Ibrahim dan Nor Azmawi Ab
Rahman.
Noor Hariri
dilihat paling aktif turun ke peringkat akar umbi melalui pelbagai
program yang dirangka untuk mendekatkan diri dengan pemuda di Pasir Mas
dan kredibiliti pemimpin muda yang mesra dengan panggilan 'abe' itu
memberi kelebihan kepadanya.
Bagaimanapun,
Noor Hariri dijangka tetap menerima tentangan sengit daripada Mohamed
Fareez yang berpengalaman luas dalam pergerakan pemuda dan Nor Azmawi
sebagai anak saudara kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Mas.


0 orang berkata:
Post a Comment