Wednesday, September 11, 2013
DUA Pemain BOLA SEPAK Ditangkap BERKHALWAT
KUANTAN - Dua pemain skuad Pahang berusia 20-an itu ditahan kerana
berkhalwat bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan .
Keempat-empat mereka ditahan oleh pengawai JAIP kira-kira pukul 4.30 pagi hari Selasa.
Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.
Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah dan di sebuah bilik berdekatan pula adalah rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

0 orang berkata:
Post a Comment