22 Oktober, 2013
Latar Belakang Calon PAS PRK Sg. Limau
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar)
diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau. Beliau
yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti
Al-Azhar, Mesir dan merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah.
Seorang pendidik, Ketua Pemeriksa STAM dan penggubal kertas peperiksaan STAM Kementerian Pelajaran Malaysia.
Seorang pendidik, Ketua Pemeriksa STAM dan penggubal kertas peperiksaan STAM Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau
malam ini.
Azam yang baru dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai
baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di
Kampung Ulu Sedaka, Batu 18, Sungai Limau Luar, Sungai Daun Atas dan
Kuala Sedaka.
“Beliau boleh mematikan hujah mereka (BN) kerana mempunyai kelayakan
akademik yang tinggi, berlatar belakang agama dan berperibadi mesra
pengundi.
“Dulu, datuknya, Hamid Ibrahim juga adalah antara pengasas Pas Kedah dan
beliau dibesarkan di pondok Al-Nahdhoh. Beliau juga mampu memimpin
bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki masyarakat
setempat,
Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.




0 orang berkata:
Post a Comment