[KENYATAAN MEDIA] Menuntut Semua Anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Letak Jawatan Kerana Gagal Melaksanakan Tanggungjawab
KENYATAAN MEDIA
23 OKTOBER 2013
Semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut meletakkan
jawatan beramai-ramai atas kegagalan melaksanakan tanggungjawabnya
menurut Perlembagaan Persekutuan bagi menjalankan ulangkaji
persempadanan.
Perkara 113 (2) dan 113 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
ulangkajian bahagian-bahagian pilihanraya dijalankan oleh SPR dengan lat
tempoh tidak kurang daripada 8 tahun antara tarikh siapnya ulangkajian
yang terdahulu.
Kerajaan mengesahkan persempadanan terdahulu bagi Semenanjung dan
Sabah diluluskan pada 21 Mac 2003, manakala Sarawak pada 10 Jun 2005.
Oleh yang demikian, lat tempoh Semenanjung & Sabah berakhir pada
21 Mac 2011 dan sepatutnya ulangkajian masing-masing bermula selepas
itu. Kemudian Sarawak seharusnya bermula selepas 10 Jun 2013.
Tuntutan dan tanggungjawab Perlembagaan ini terus terabai. SPR gagal laksanakannya. Ini pengabaian dan kegagalan serius.
Sebelum ini SPR gagal jalankan PRU13 secara adil dan bebas selain
berbangkit masalah proses yang pincang kerana isu dakwat yang tak kekal
dan daftar pemilih yang tercemar.
Pakatan Rakyat menuntut seluruh anggota SPR meletakkan jawatan atas
pengabaian dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab Perlembagaan.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
KETUA PEMBANGKANG


0 orang berkata:
Post a Comment