Pakatan kecam Umno lindungi gangster, Zahid tak layak jadi menteri
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke
(pic) menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai
membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang
menteri".
Tiga Line merupakan salah
satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa
berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.
Dalam
satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini,
Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan
tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran
mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang
perlu".
Laman portal tersebut
memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut,
ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.
"Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke.
"Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno."
Naib
presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid
"penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya
diharamkan sendiri oleh kementeriannya.
"Ini
adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya
sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan."
Surendran,
yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, turut menggesa supaya polis
menyiasat hubungan Ahmad Zahid dengan kumpulan tersebut "memandangkan
mengakui beberapa ahli kumpulan tersebut adalah rakannya".



1 orang berkata:
Lepas America ke Bali pulak menghabiskan duit rakyat.You and wife bukan tourist tahu ke. Kalau mahu oversea selau berhenti jadi menteri lah.Tak malu ke orang tahu u ketua negara banyak rasuah.
Post a Comment