Syiah: Pas digesa tidak pilih bulu
TANGKAK - Pas digesa supaya tidak bersifat memilih bulu atau cuba
melindungi anggota parti berfahaman Syiah yang jelas bertentangan dengan
Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.
Ketua UMNO bahagian Ledang Datuk Ir. Hamim Samuri menegaskan, sebaliknya mereka perlu bersama-sama membanteras ajaran itu tanpa mengira fahaman politik.
Anggota Pas yang mengikuti fahaman itu perlu didedahkan dan tidak menyembunyikan perkara itu hanya kerana bimbang pengaruh parti itu terjejas, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Khatan Asnaf Parlimen Ledang di Masjid Jamek Tangkak, di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, lebih membimbangkan fahaman itu juga turut diikuti pemimpin tertinggi parti berkenaan dan perkembangan itu amat berbahaya.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta kerajaan menangkap ketua dan pengikut Syiah di negara ini jika benar-benar serius mahu membasmi fahaman berkenaan.
Hamim berkata, semua pihak perlu bekerjasama tanpa mengira fahaman politik untuk membasmi fahaman itu kerana sukar menangkap ketua dan pengikut Syiah kerana mereka sangat licik dan berselindung atas nama agama.
"Ajaran Syiah boleh dibanteras jika mendapat kerjasama daripada orang ramai," katanya sambil berharap bekas menteri besar Kelantan itu bersama-sama kerajaan membantu menyekat penularan fahaman itu.
Beliau turut menyatakan keyakinan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lepas berhubung beberapa bukti pemimpin Pas terlibat fahaman itu.
Hamim berkata, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah ditetapkan kerajaan bahawa fahaman Syiah menyimpang daripada ajaran Islam sebenar bagi memastikan akidah umat Islam tidak terpesong. - Bernama

2 orang berkata:
Datuk Ir. Hamim Samuri bercakap tu pakai otak ke tidak. Dia sepatutnya melihat cermin sebelum mengulas kenyataan TGNA. Adakah dalam kenyataan TGNA yg menyatakan beliau menyokong syiah, jika ada tunjukkan ayat yg mana satu. Baik buang sahaja Ir. itu jika lemah pemahaman dalam mengutip isi kenyataan TGNA. Kamu hanya memesongkan fakta untuk memihak kpd rakan persekongkolan kamu. Apa kurangnya UMNO dlm memporakperandakan umat islam dan melayu di Malaysia? Malah jauh lebih teruk lagi, ada yg dibunuh, difitnah, diusir dan dizalimi. Adakah kamu cuba cari dikalangan pemimpin UMNO samada syiah atau munafik? Ada ramai, betul ke tidak ni? Tapi apa yg telah kamu perbuat? Jangan berselindung disebalik status Ir. yg mungkin juga palsu ataupun tidak berkualiti.
Dah kalah di PRU13 menang pun cari menipu, lani tuduh Pas bukan bukan. Jangan cakap banyaklah rasuah berbillion kroni kroni tak ambil tindakan.Mana duit berbillion billion hilang tak dapat di kesan.Ini kerja siapa!Ini kerja siapa!Ini kerja siapa!Pas dah diterima semua bangsa, lawan gerun takut PRU14 kalah.Itu lah dah sedap sebat duit rasuah,, bila rasuah nak terbongkar gelabah.Jangan tipu rakyat
Post a Comment