BR1M menjelang PRK Kajang bukan gula-gula politik
KUALA LUMPUR - Pelancaran pemberian BR1M 2014 pada 22 Februari ini
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan bermotif memancing
undi penduduk Dun Kajang, demikian tegas Menteri Kewangan II, Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Jelasnya, pelancaran pemberian BR1M ini sudah lama dirancang oleh kerajaan dan ianya sama sekali tiada kaitan dengan PRK Dun Kajang.
"Kerajaan sudah lama rancang perkara ini, (pemberian BR1M) ini.
"...ini tiada kena mengena dengan PRK Dun Kajang, lagipun pemberian BR1M bukan sahaja untuk penduduk Kajang, ianya untuk semua rakyat Malaysia," katanya ketika pengumuman pelancaran BR1M 2014 di Hotel Hilton hari ini.
Pemberian BR1M 2014 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 22 Februari ini bertempat di Sekolah Menengah Aminduddin Baki, Pandan, Kuala Lumpur.
Pada majlis pelancaran tersebut, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima serentak di seluruh negara. Ini bagi memastikan penerima BR1M tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan tersebut seperti sebelum ini. Bagaimanapun bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran akan dilaksanakan melalui pemberian baucar secara berperingkat.
Di bawah BR1M 2014, kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dengan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000, sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Tempoh perlindungan adalah bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2014.
Inisiatif ini dilakukan sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.
Secara keseluruhan, program BR1M 2014 dijangka akan memanfaatkan hampir 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.

0 orang berkata:
Post a Comment