Pas: Kaji selidik seks beri impak negatif
SHAH ALAM - Pendedahan dua Adun DAP berhubung kaji selidik seks yang
didakwa dijalankan di sebuah sekolah rendah di Nilai, Negeri Sembilan
baru-baru ini mendapat perhatian rakan sekutunya dalam PR.
Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin menerusi satu kenyataan media berkata, walaupun kaji selidik itu berniat baik, "namun tindakan tersebut kurang sesuai dan boleh memberikan implikasi negatif".
"Seharusnya, mereka diberikan pendedahan kepada asas-asas pembinaan kualiti insan bukan membuka persoalan-persoalan yang kurang sesuai dengan umur mereka," katanya lagi.
Untuk rekod, kaji selidik itu merupakan sebahagian daripada program Saringan Kesihatan Remaja, yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (PKK) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, soalan yang dibuat itu disediakan sendiri oleh pakar dalam bidang masing-masing, bagi mencegah masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja di negara ini.
Katanya, hasil daripada soal selidik itu, pihaknya akan mengambil tindakan bagi membantu pelajar bermasalah, mengikut keperluan masing-masing, sama ada berjumpa dengan Pakar Kaunseling, mahupun dirujuk kepada Pakar O&G atau Pakar Sakit Puan.
Mengulas lanjut, Khairil berkata, kajian seumpama itu dijangka berkaitan dengan cadangan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 untuk menggubal korikulum modul pendidikan seks ekoran peningkatan kes buang bayi di kalangan remaja.
"Pada bulan Jun 2010, sekumpulan pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan kajian bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dan telah mendedahkan 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar terdedah kepada seks bebas sehingga menggugurkan janin. Ia berpunca daripada kekurangan penerapan latihan akhlak yang baik," ujar beliau.
Sehubungan itu tegasnya, Dewan Pemuda Pas menggesa agar pihak sekolah menyuburkan agenda pendidikan Islam dan moral di kalangan pelajar untuk mengukuh jati diri mereka bagi mendepani cabaran semasa.
"Islam menegaskan dalam peringkat usia kanak-kanak sekitar 7 hingga 14 tahun, mereka seharusnya ditekankan kepada aspek pelaksanaan ibadah dengan penuh bertanggungjawab. Malah, adalah lebih efektif sekiranya ibu bapa mengambil peranan dan memberikan pendedahan awal mengenai perkara-perkara ini terhadap para pelajar di rumah.
"Pemuda Pas Malaysia menyeru rakyat Malaysia seluruhnya supaya kita dapat bersama-sama memberikan usaha yang terbaik dalam mengawal selia penglibatan anak-anak kita," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment