Gamis sokong Himpunan Mansuh PBS
SHAH ALAM – Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyatakan
sokongan terhadap Himpunan Mansuh PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
yang bakal diadakan Sabtu ini.
Presidennya, Abdul Malik Ab Razak berkata, pihak Gamis memandang serius kemelut yang melanda sistem pendidikan negara.
Menurutnya, keluhan para guru itu membuktikan bahawa sistem pendidikan yang dilaksanakan kementerian tidak mendapat pandangan pendidik sebelum diimplementasikan.
“Keluhan demi keluhan yang diutarakan oleh warga pendidik membuktikan bahawa sistem yang telah dilaksanakan sejak dua tahun yang lalu ini tidak dikaji secara mendalam, bahkan tidak mendapatkan pandangan para pendidik sebelum dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Gamis turut menyelar kenyataan yang dibuat Yang Dipertua Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM), Shafruddin Ali Hussin.

“MPPDM membuat kesimpulan melulu dengan mengatakan penganjur himpunan
ini menjadi alat kepada pihak yang tertentu dan untuk menjatuhkan
kerajaan sedia ada.
“Gamis melihat bahawa dakwaan yang tidak matang sebegini sudah mula diwarisi daripada menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan yang enggan mendengar keluhan serta masalah rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, Gamis menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap penganjuran himpunan tersebut dan bersedia untuk turut serta dalam himpunan itu.
“Gamis juga komited untuk turut sama berpartisipasi dalam himpunan ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa turut sama menolak sistem ini.
“...yang bukan sahaja memberi kesan negatif terhadap warga pendidik pada masa kini, bahkan juga mampu memberikan kesan yang sama terhadap mahasiswa perguruan yang akan turut sama melalui sistem yang sama suatu hari nanti,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment