Ribuan polis cegah rusuhan berdepan penunjuk perasaan di kawasan protes
18/02/2014 2:42pm
BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand memilih untuk melaksanakan tindakan tegas pada pagi Selasa bagi mendapatkan semula kawasan-kawasan protes yang diduduki para penunjuk perasaan sejak lebih tiga bulan lepas.
Kira-kira 25,000 polis pencegahan rusuhan ditugaskan untuk mengeluarkan para penunjuk perasaan dari lima kawasan itu dengan turut melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah di beberapa lokasi.
Di satu daripada kawasan itu, mereka menghadapi sedikit tentangan. Di Jambatan Phanphah Lilat, polis pencegahan rusuhan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah untuk mengambil alih kawasan itu selain dapat menahan seorang daripada pemimpin protes, Somkiet Phongpaiboon tanpa tentangan.
Di Kementerian Tenaga pula sekumpulan kecil penunjuk perasaan di kawasan itu tidak memberikan tentangan.
Namun, konfrontasi berpotensi berlaku di sekitar Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat perdana menteri. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2tecKJCew
Hakcipta terpelihara


0 orang berkata:
Post a Comment