Rabu, 19 Februari 2014
Boss AirAsia Terkejut MAS Rugi RM1.17 Bilion
Pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes
Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri
penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat
penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang
ditanggung oleh MAS itu."Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji
semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.
Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan
manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat
keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan
pembayar cukai.
"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda
sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion."Adakah kerana ia
adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak
menyelesaikan masalah," katanya.
Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013
sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.MAS
melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa
laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan
jumlah penumpangnya.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan
kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing
yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.
Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.



0 orang berkata:
Post a Comment