Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

C YAN DIA !

Wednesday, February 19, 2014

Terbangun dari tidurnya.. Pak Lah kata BN boleh menang DUN Kajang..


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah halangan besar untuk Barisan Nasional (BN) menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil 23 Mac itu.

Katanya, BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang.

"Peluang itu ada kalau kita (BN) boleh menjelaskan dan memberi keterangan dengan baik kepada pengundi di sana. Jika perlu kita menghadapinya, kita perlu buat dengan baik.

"Jika kita mampu menyampaikan hujah yang baik kepada pengundi untuk meyakinkan mereka, saya percaya kita tidak akan menghadapi masalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar 'Memperingati Allahyarham Profesor Datuk Dr Mohamed Mackeen Abdul Majid', bekas pensyarahnya ketika di Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, hari ini.

Abdullah berkata, sekiranya BN gagal memberi penerangan atau tidak bersatu padu dalam melaksanakan kempen pilihan rayanya, maka peluang untuk merampas kerusi DUN Kajang itu, yang sebelum ini disandang PKR, agak sukar.

Ditanya mengenai tindakan BN yang masih belum mengumumkan calon untuk bertanding di PRK DUN Kajang itu, Abdullah berkata, terpulang kepada pimpinan tertinggi BN untuk mengumumkannya pada bila-bila masa yang mereka rasakan sesuai.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu.

PKR menamakan Anwar sebagai calon parti itu, sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, turut menyatakan hasrat bertanding di PRK itu sebagai calon bebas. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.