Segera ambil tindakan terhadap Kassim Ahmad
KUALA LUMPUR - Pas menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap Parti
Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Dr Kassim Ahmad kerana didakwa menghina
Islam.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, aktivis sosial itu tidak pernah diambil tindakan walaupun sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteramanan awam.
Menurut beliau, pihak berkuasa agama juga seolah diam walaupun ajaran 'anti-hadis' beliau telah difatwakan haram sebelum ini.
"Beliau (Kassim) persoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.
"Ini satu penghinaan kepada Islam dan pencabulan hak dan penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.
Semalam, sebuah portal melaporkan Kassim mengajak rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar, dalam satu seminar di Putrajaya.
Bagaimanapun idea beliau tetap menjadi kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.
Mahfuz mendakwa Kassim seolah didewakan oleh Umno apabila dianggap 'ulama Umno'.
"Satu yang amat malang bila kekeliruan agama ini dibenarkan. Sehingga kini masih belum diambil tindakan terhadap beliau.
"Tak ada pula Perkasa atau mana-mana NGO berdemo menentang kenyataannya ini," dakwanya.
Dalam perkembangan lain, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyambut baik kehadiran bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim bertanding di Dun Kajang menentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Siapa nak bertanding pergilah tapi Pas akan sepenuh tenaga memastikan kemenangan Pakatan Rakyat," katanya.
Semalam, Zaid mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas atas alasan mahu menghalang cita-cita Anwar merampas kedudukan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mahfuz Omar

0 orang berkata:
Post a Comment