Thursday, February 13, 2014
'Datuk' Kini Bersepah.......
Datuk sini, Datuk sana, Datuk kini berada di mana-mana
oleh - V Shuman
oleh - V Shuman
SEKILAS PANDANG: Sekiranya
sebutir batu dicampak di khalayak ramai, ia pasti terkena kepala
seorang Datuk, atau mungkin dua. Saya bukan mengesyorkan keganasan,
tetapi saya memberi gambaran bahawa Datuk berada di mana-mana.
Bagi yang tidak
tahu, gelaran tersebut seumpama anugerah British yang membawa gelaran
“Sir”. Malangnya anugerah berprestij itu sudah hilang serinya. Rakan
saya berkata gelaran tersebut seperti boleh didapati di kerusi belakang
basikal, atau dibeli di pasar malam. Berapa ramai Datuk yang benar-benar
layak diberi gelaran itu?
Baru-baru ini,
polis menahan seorang pemuda berusia 26 tahun, dengan gelaran Datuk yang
menculik serta memukul tiga lelaki, termasuk seorang warga asing di
ibukota. Lelaki itu mendakwa beliau mempunyai kenalan polis berpangkat
tinggi. Pada kadnya tertera gelaran “Datuk”.
Jelas, pemuda
itu gemarkan kemewahan dan menggunakan gelaran tersebut di jalan yang
salah. Lagipun, hari ini ramai Datuk palsu. Ada yang mendapatnya
daripada pembesar Naning serta Sultan Sulu. Mereka membayar wang dengan
harapan gelaran tersebut memberi mereka peluang mendapatkan kontrak.
Selalunya rancangan mereka gagal.
Selain itu,
berapa ramaikan Datuk yang layak digelar begitu? Saya kenal peniaga
barangan lusuh yang dianugerahkan gelaran Datuk. Beliau mengaku
membelinya daripada seorang Sultan di pantai timur.
Malah, bintang
mega Bollywood Shahrukh Khan turut bergelar Datuk, hanya kerana beliau
menyanyi dan berlari di sekeliling pokok di dalam filem-filem Hindustan.
Kerajaan Melaka memberinya gelaran itu dengan tujuan agar Shahrukh Khan
mempromosi pelancongan di Melaka.
Komuniti India
turut keliru apabila baru-baru ini, seorang deejay radio wanita diberi
gelaran Datuk. Beliau yang berusia di dalam lingkungan 20an menaiki
kereta Bentley dengan seorang pemandu, dan kerap dilihat berdampingan
dengan VVIP di negara ini. Beliau menubuhkan NGO yang fungsinya tiada
siapa yang pasti.
Personaliti ini
menghiasi majalah tempatan sebagai antara 10 wanita yang paling
berpengaruh. Malah beliau mengatasi aktivis Datin Paduka Marina
Mahathir. Popularitinya menjadi satu misteri kerana sebelum ini beliau
tidak begitu menonjol. Kini laman Facebooknya memiliki 900,000
penggemar, hampir menyamai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdapat juga
taukeh kegiatan haram yang bergelar Datuk kerana mereka memiliki wang
yang banyak. Rakyat kini tidak memandang tinggi gelaran itu. Tidak ramai
yang menyumbang tenaga seperti wira Everest Datuk M Magendaran serta
Datuk N Mohandas. Mereka bergelar Datuk hanya selepas 13 tahun mencapai
puncak tertinggi di dunia.
Pendapat saya,
kita tidak perlu obses mendapat sesuatu gelaran. Manusia paling
berpengaruh seperti Barack Obama juga tidak bergelar “Datuk”. Yang
mustahak ialah bagaimana kita dipanggil.
Saya boleh tunggu sehingga bercucu bagi dipanggil gelaran itu.



0 orang berkata:
Post a Comment