Khamis, 13 Februari 2014
Kadar Inflasi di Malaysia 2014 Melonjak Tinggi Kepada 3.4% (Tertinggi Dalam 9 Bulan)? Bersiap Sedia Rakyat Malaysia!

Kadar Inflasi di Malaysia 2014 : Semalam
keluar berita, di mana Tun Mahathir sempat menemplak kerajaan Malaysia
berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya selama ini mentadbir negara
apabila melihatkan kadar inflasi di Malaysia yang tinggi ketika ini dan
akan terus meningkat dan meningkat…..
Situasi yang agak bahaya kepada rakyat Malaysia. Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah (SEPERTI DIBUKTIKAN DI SINI)
dibandingkan dengan Dolar Amerika & Dolar Singapore, kenaikan harga
minyak, kenaikan tarif elektrik, lonjakan harga barang & kos sara
hidup di Malaysia akhirnya meletakkan kadar Inflasi di malaysia 2014
kepada paras yang lebih tinggi iaitu 3.4%.
Sebenarnya, pengiraan kadar inflasi di
Malaysia hanya melibatkan kos bayaran perkhidmatan awam di mana kos
pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar
inflasi. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga
tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat memilih” kadar rumah sewa.
Tetapi, bayangkan jikalau kedua-dua ini
dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar
inflasi di Malaysia bukan setakat 3.4% sahaja tetapi lebih daripada
angka tersebut. Apa respon balas anda pula?






0 orang berkata:
Post a Comment