Teresa dijangka beri keterangan hari ini
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dijangka memberi
keterangan berhubung kes penyebaran klip video kontroversi berjudul
Onederful Malaysia CNY2014, sama ada hari ini atau esok.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis sudah memberitahu Teresa supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
“Siasatan kes sudah dalam proses akhir dan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara secepat mungkin,” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, tiga pelakon dalam klip video berkenaan sudah tampil bersama peguam mereka di IPK Kuala Lumpur, kelmarin untuk diambil keterangan mereka bagi membantu siasatan kes itu.
Keterangan ketiga-tiga individu berusia lingkungan 32 hingga 36 tahun itu diteliti mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, bagi kes berasingan, dua individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap wakil rakyat terbabit, diminta tampil ke balai polis berhampiran.
“Kita berharap kedua-dua individu berkenaan bekerjasama membantu siasatan,” katanya.
Pada masa sama beliau menegaskan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mendatangkan ketakutan kepada mana-mana pihak.
“Politik adalah politik, tetapi jangan terlibat dengan perkara berkaitan jenayah. Jaga sentimen perpaduan kaum di negara ini,” katanya.
Dua individu berkenaan merupakan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menawarkan ganjaran buat mana-mana individu yang berjaya menampar ahli
politik berkenaan.
“Kita juga telah merekodkan percakapan sebahagian individu yang membuat laporan polis berhubung isu berkenaan," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment