Bercakap perlu ilmu, elak kenyataan 'bunuh diri'
-
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
BANGI - "Kita perlu ada ilmu supaya kita terus kekal relevan sebab
apabila kita bercakap kita ada asas untuk bercakap, di samping itu ilmu
kita juga dapat memberi manfaat kepada orang lain," demikian nasihat
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor
Madya Datuk Dr Mohammad Agus hari ini kepada belia pada Persidangan
Kepimpinan Belia di UKM.
Jelasnya pelbagai kenyataan yang menggelikan hatinya keluar sejak kebelakangan ini, oleh itu beliau menyarankan agar belia sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu agar tidak 'mengikut jejak' langkah tersebut.
"Para belia harus sentiasa mencari ilmu sebanyak mungkin, ambil tahu perkembangan semasa.
"Kerana dengan ilmu kita akan kekal relevan, apabila kita bercakap kita tahu asasnya,ianya juga dapat mengelak kenyataan yang kita keluarkan 'membunuh diri' kita sendiri.
"Kita tahu beza mana baik, mana buruk, tidak mudah taksub dan fikiran kita akan lebih terbuka, ini akan menjadikan kita sentiasa dihormati kerana ilmu yang kita milikinya," katanya pada persidangan tersebut.
Agus berkata demikian kerana merasa terkilan dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh kebanyakan orang besar negara baru-baru ini yang tidak mencerminkan nilai sebenar intelektual mereka.
"Pening saya jadinya, apabila kita kekurangan beras dicadangnya suruh makan ubi kayu.
"Terbaru saya pernah terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang menyatakan bahawa nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah.
"Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.
"...bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti.
"Sedih, jadi saya harap kenyataan ini, tidak lagi dikeluarkan lagi," katanya.
Turut terlibat dalam persidangan ini ialah Juara Pencetus Ummah pertama Muhammad Hafiz Mohd Haneefa serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

0 orang berkata:
Post a Comment