• Al-Sisi umum tanding Presiden Mursi melantik Al-Sisi sebagai menteri pertahanan namun beliau dikhianati dengan rampasan kuasa.
1 / 1
KAHERAH - MESIR. Menteri Pertahanan Mesir mengesahkan peletakan jawatannya bagi memberi laluan bertanding kerusi Presiden dalam pilihan raya dijangka bulan depan.

Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammd Mursi, 3 Julai lalu  dijangka menang mudah selepas melakukan pakatan dengan kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour.


“Saya bertanding untuk jawatan Presiden Mesir selepas mendapat sokongan,” katanya.


Sementara itu, ahli kanan Ikhwanul Muslimin, Magdy Karkar berkata, tindakan Al-Sisi menyingkirkan Mursi adalah satu rampasan kuasa bertujuan menggugat demokrasi di negara itu.


“Mesir tidak akan stabil dan aman. Beliau bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah ketika penggulingan Mursi,” katanya dipetik Al Arabiya