• Korea Utara, Selatan berbalas bedilan Korea Utara mengadakan latihan di perairan Korea Selatan.
1 / 1
SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Utara dan Selatan berbalas bedilan di sempadan laut yang dipertikaikan selepas Seoul menuduh tentera Pyongyang membedil di perairan Korea Selatan.

Jurucakap Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan berkata, beberapa peluru artileri ditembak Korea Utara jatuh di kawasan mereka.

“Kami membalas bedilan itu. Tiada petunjuk yang sama ada kedua-dua pihak membedil ke sasaran khusus. Latihan menembak itu berbalas serangan hampir 30 minit,” katanya dipetik AFP.

Susulan kejadian itu, pegawai tempatan di Pulau Yeonpyeong dan Baengnyeong di sempadan Korea Selatan mengarahkan penduduknya berpindah ke pusat perlindungan sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan, sempadan Laut Kuning adalah wilayah amat sensitif dan menjadi kawasan pertempuran sebelum ini.

Pada November 2010, Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong menyebabkan empat penduduk maut.