Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI MENTERI JAHIL UNDANG-UNDANG

Beri kenyataan tidak masuk akal, Timbalan Menteri Dalam Negeri ‘jahil’ undang-undang

wan-junaidiSHAH ALAM, 29 MAC: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menyifatkat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi  Tuanku Jaafar sebagai ‘jahil’ undang-undang kerana tidak memahami peruntukan undang-undang berkenaan larangan masuk ke Sarawak.

Katanya, waalupun kuasa larangan itu diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri melalui Perjanjian Malaysia 1963 tetapi ia perlu digunakan  menurut peruntukan Akta Imigresen 1959 palang 63.

“Ini menunjukkan beliau jahil undang-undang. Walaupun kuasa itu diberi tetapi ia perlu digunakan menurut Peruntukan Akta Imigresen 1959 palang 63.

“Menurut Seksyen 67 Akta Imigresen, seseorang daripada Semenanjung tidak boleh dilarang atas sebab politik atau jika mereka hendak pergi (masuk Sarawak) untuk menjalankan aktiviti politik. Seksyen 67 jelas membawa maksud Kerajaan Sarawak dengan jelas melanggar undang-undang,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Surendran berkata, Wan Junaidi harus membaca undang-undang dan meminta nasihat peruntukan Akta Imigresen sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar yang tidak masuk akal dan memalukan kerajaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.