• Bangladesh haramkan parti Jamaat-e-Islami Parti Jamaat-e-Islami bakal diharamkan di Bangladesh tidak lama lagi.
1 / 1
DHAKA - BANGLADESH. Penyiasat unit jenayah perang Bangladesh mahu mengharamkan segala pergerakan parti Islam terbesar, Jamaat-e-Islami bersabit kesalahan pembunuhan beramai-ramai ketika era 71-an.

Ketua penyiasat jenayah perang Abdul Hannan Khan berkata, laporan terperinci diserahkan kepada pendakwa raya sebagai langkah pengharaman parti itu daripada bertanding pada pilihan raya  yang dijadualkan Januari tahun depan.

“Kami mahu parti itu dibubarkan kerana mereka bersubahat dengan tentera Pakistan melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika perang pada 1971,” katanya.

Menurutnya, tindakan pengharaman parti itu daripada bertanding adalah tindakan wajar kerana mereka bersekongkol dengan tentera negara lain untuk menggugat keamanan dan keselamatan dalam negara, laporan dipetik dari AFP.