Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 7 Mac 2014

Anwar yakin rayuan Fitnah Liwat II tak jejas tanding PRK Kajang

 
 
PUTRAJAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin rayuan Liwat II yang sedang berlangsung tidak menjejaskan peluangnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Bercakap kepada media di luar bilik mahkamah, di Istana Kehakiman di sini tengah hari ini, Anwar berkata, beliau yakin dengan sistem perundangan yang ada.

Malah kata Anwar, beliau berpuas hati dengan hujah yang diberikan oleh barisan peguam beliau, Ram Karpal dan Karpal Singh.

"Tidak timbul sebarang spekulasi (status calon kajang), segalanya bergantung kepada sistem perundangan yang ada. Saya yakin dengan keadilan sistem perundangan yang kita ada sekarang, insyaAllah segalanya akan selesai.

"Saya meneliti hujah yang diberikan oleh kedua-dua peguam pembela, Ram dan Karpal. Mereka memberi fakta yang jelas, saya berpuashati hujah pada pagi ini," jelasnya.

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar dalam kes Liwat II yang memasuki hari kedua berhenti rehat kira-kira pada jam 12.30 tengahari tadi dan akan bersambung pada jam 2.45 petang ini.

Sementara itu kira-kira 80 orang penyokong Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan turut melaungkan 'reformasi' sejurus Anwar keluar dari pintu utama Istana Kehakiman.

Anwar yang sempat bertemu dengan penyokong itu, turut menceritakan sedikit situasi yang berlaku di dalam kamar perbicaraan dan meminta penyokong bertenang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.