Kerajaan disaran miliki sistem radar tercanggih
KUALA LUMPUR - Insiden kehilangan pesawat MAS MH370 perlu menyedarkan
pimpinan negara betapa pentingnya memiliki satu sistem radar yang
canggih, bukan sahaja untuk pertahanan malah untuk operasi mencari dan
menyelamat.
Malah pada 17 Mac lalu, Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji untuk mengkaji semula sistem radar negara selepas operasi mencari pesawat berkenaan selesai.
Mengulas perkara itu, Ahli Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata Malaysia perlu memiliki radar dengan kemampuan mengesan sasaran objek dengan keluasan yang besar dan tidak terhad.
"Sebagai contoh Australia dan Amerika Syarikat antara negara yang memiliki radar tercanggih. Di mana radar pengesan mereka memiliki teknologi jaringan yang dipanggil 'Jindalee' yang mampu mengesan sasaran objek dengan keluasan 2,000 km.
"Selain itu, radar mereka juga mempunyai teknologi yang dipanggil 'Synthetic Aperture Radar' (SAR) yang dapat mencerap imej dengan jelas serta mampu mengesan bacaan koordinat objek dengan tepat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Berbanding negara yang memiliki radar tercanggih, Malaysia menggunakan 'Primary Radar' yang hanya terdapat di muka bumi dan bukan di ruang angkasa lepas.
"Saya menyarankan sebelum pelancaran satelit RAZAKSAT2 ke angkasa lepas seharusnya satelit itu memiliki teknologi jaringan SAR," katanya.
Azmi berkata, dengan adanya teknologi sedemikian, Malaysia tidaklah semata-mata menghantar satelit malahan pada masa sama memiliki teknologi radar pada satelit itu.
Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera, Datuk Mohamad Abdul Ghani berpendapat radar yang digunakan di Malaysia masih lemah dan perlu dipertingkatkan keupayaannya.
"Kerajaan perlu mempunyai radar di seluruh negara yang dapat mengesan kapal terbang yang keluar masuk melalui ruang udara Malaysia sama ada yang terbang rendah mahupun tinggi," katanya.
Beliau berkata, jika sesuatu radar pengesan tidak berfungsi ini menyebabkan mana-mana pesawat asing yang tidak dikenali dengan mudah melintasi ruang udara dan menceroboh negara ini dan ini menunjukkan radar pengesan yang dimiliki kerajaan masih tidak mencukupi dan perlu ditambah.
"Soal keselamatan orang ramai tidak harus dipandang mudah, pembelian radar berteknologi tinggi dari negara luar dapat mengembalikan maruah negara yang sebelum ini diperlekeh negara luar," katanya.
Menurutnya, bukan sekadar kehilangan pesawat MH370 yang menjadi fokus utama kerajaan malah pencerobohan pesawat asing di negara ini harus menjadi perhatian utama kerajaan.
"Oleh sebab itu kerajaan harus membuat pelaburan jangka masa panjang dalam bidang radar, hal ini bukan sahaja untuk kepentingan generasi hari ini malah untuk generasi seterusnya," katanya.
Penerbangan MH370 ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Operasi mencari pesawat itu yang melibatkan 26 buah negara setakat ini tidak membuahkan hasil. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment