Menteri: MoU air tidak boleh ditarik balik
KUALA LUMPUR - Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula
industri perkhidmatan air di negeri Selangor, yang ditandatangani
baru-baru ini, tidak boleh ditarik balik sekalipun jika berlaku
pertukaran pemimpin di negeri itu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, terdapat klausa di dalam MoU tersebut yang menyebut bahawa ia tidak boleh ditarik balik.
"Tetapi saya rasa yang lebih penting dalam MoU tersebut ialah roh dan tujuannya. Kita melihat tidak ada orang yang nak dispute (pertikai) jika ia sesuatu kebaikan," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Soal Jawab terbitan TV3 di sini malam tadi.
Menerusi MoU itu, kerajaan negeri Selangor akan memberi kebenaran untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan Sistem Agihannya berkuatkuasa 26 Februari dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek itu diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU ditandatangani.
Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diuar-uarkan menjadi menteri besar selepas pilihan raya kecil Kajang nanti, mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangguhkan dahulu perjanjian berkenaan selagi kepimpinan negeri dan Pakatan Rakyat tidak diberi penjelasan sepenuhnya.
Khalid yang turut menjadi tetamu program itu berkata MoU itu tidak boleh ditukar kerana apabila sesuatu negeri atau negara membuat perjanjian, maka ia mesti ditunaikan.
"Kalau kita buat janji lepas tu tinggal, maka malulah kita dari segi tugas yang kita lakukan. Kalau perjanjian tak ditunaikan maknanya rating negeri itu akan jatuh kerana tak menghormati perjanjian," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment