Palet kayu mungkin milik MH370
-
Hishamuddin
Tun Hussein bersama (kiri) Dato' Seri Zulkifli Mohd Zin pada sidang
media berkaitan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada lima hari
lalu. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin
Tun Hussein mengesahkan MH370 membawa palet kayu semasa penerbangan
menuju ke Beijing 8 Mac lalu.
Dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau mengesahkan dakwaan mengenai palet kayu yang dibawa oleh pesawat terbabit namun menafikan perkaitan di antara palet kayu yang dikesan oleh pihak kerajaan Australia di selatan Laut Hindi.
"Pihak kami boleh mengesahkan bahawa MH370 memang membawa palet kayu dalam penerbangan ke Beijing namun tiada bukti kukuh mengatakan palet kayu yang di lokasi pencarian di koridor selatan Australia milik MH370," katanya.
Menurut beliau, pihak berkuasa dan pasukan teknikal masih menyiasat mengenai perkara ini dan beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang penemuan terbabit.
"Pasukan teknikal sedang berusaha keras untuk menyiasat tentang perkara ini dan kami akan maklumkan kepada umum sebaik sahaja keputusan dikeluarkan," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment