Palet, tali pinggang ditemui dalam misi pencarian MH370 Australia
March 23, 2014
Misi mencari MH370 di Lautan Hindi menemui palet kayu dan tali pinggang. Gambar fail.
Pegawai
kerajaan Australia hari ini berkata, salah sebuah kapal terbang yang
digunakan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 mengesan palet
kayu kargo bersama-sama tali pinggang atau tali di kawasan pedalaman
Lautan Hindi, lapor AFP.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini".
Objek itu dilihat oleh pesawat awam untuk membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu.
"Sebahagian daripadanya adalah palet kayu dan beberapa barangan lain
yang tidak dapat digolongkan di sekelilingnya dan beberapa tali pinggang
daripada beberapa warna dan kepanjangan berbeza," kata penyelaras
operasi pesawat AMSA, Mike Barton.
“Kami cuba mencari semula semalam, menggunakan salah satu daripada
pesawat New Zealand, dan malangnya mereka tidak menemuinya. Ia adalah
perkara biasa – anda hanya perlu terbang beberapa ratus meter dengan
pesawat laju,” katanya pada taklimat media.
Barton berkata, pencarian hari ini, yang membabitkan empat pesawat
tentera dan empat pesawat awam akan kembali ke kawasan itu untuk mencuba
mencari lagi objek berkenaan.
Pakar penerbangan yang memberikan pandangan mereka berkata, palet kayu
biasanya digunakan untuk membungkus barangan dalam pesawat menyebabkan
Barton menggambarkan ia sebagai “petunjuk yang munasabah”.
Beliau berkata, palet seumpama itu biasanya dibungkus ke dalam bekas
lain sebelum dimasukkan ke perut kapal terbang tetapi ia juga sering
digunakan dalam industri perkapalan.
Beliau memberi amaran, tali yang kelihatan “boleh jadi apa sahaja” dan
sehingga pasukan pencari berjaya mencari semula objek berkenaan dan
melihatnya sendiri, agak sukar untuk mengatakan sama ada ia berkaitan
dengan MH370 atau tidak. – 23 Mac, 2014.


0 orang berkata:
Post a Comment