Pas gesa SPR jelas status wang deposit
ALOR SETAR - Pas Kedah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menjelaskan status wang deposit kempen PRU13 yang perlu dipulangkan
kepada calonnya.
Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia wajar dilakukan segera kerana proses berkenaan tidak perlu mengambil begitu lama selepas selesai PRU13.
Beliau berkata, deposit bahan cetak untuk PRU13 masih tiada keputusan dan ia dibayar untuk mendapat kebenaran memasang poster serta sepanduk dalam kawasan pilihan raya.
"Apabila kita tanya SPR, mereka kata pihak berkuasa tempatan (PBT) tak bagi apa-apa lagi laporan sama ada selesai atau tidak. Apabila kita tanya PBT Baling contohnya, mereka kata sudah 'bersih' semuanya.
"Kita harap pembayaran ini dipercepatkan. Ini duit orang dan hampir setahun masih belum ada bayaran," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Wakil Rakyat, Adun Kubang Rotan, semalam.
Pada Januari lalu, Sinar Harian melaporkan Pas Kedah kesal kerana SPR dan beberapa PBT masih gagal memulangkan deposit kempen PRU13, selepas lebih tujuh bulan pilihan raya berakhir.
Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, petugas parti sudah lama menurun dan membersihkan segala bahan kempen seperti poster, kain rentang dan papan iklan yang digunakan calonnya ketika kempen PRU13 Mei tahun lalu.

0 orang berkata:
Post a Comment