Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 5 Mac 2014

Serangan terhadap PAS dan DAP...

Oleh SELENA TAY
AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada PAS telah memberitahu penulis bahawa pihak lawan telah pun memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat dengan dakwaan bahawa PAS dan DAP tidak gembira dan kurang berminat terhadap pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Mereka juga mendakwa bahawa ahli dan penyokong PAS dan DAP telah banyak merungut apabila mendapat tahu bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang telah sengaja dikosongkan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim daripada KeADILan. “Dakwaan tersebut dibuat tidak lain dan tidak bukan ialah dengan tujuan untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat,” kata Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Namun demikian, Khalid berpendapat bahawa apabila tiba masa untuk turun padang beraksi, semua orang Pakatan Rakyat akan bekerjasama untuk memastikan supaya Anwar mencapai kemenangan.

Penasihat DAP iaitu Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah) telah memberi amaran awal kepada Pakatan supaya jangan leka atau terlalu yakin bahawa kemenangan akan mudah dicapai.

Ini adalah kerana jentera propaganda pihak lawan adalah amat kuat disebabkan oleh pelbagai kemudahan awam berada di bawah kawalan mereka.

Kit Siang menambah bahawa pengundi mungkin termakan propaganda pihak lawan iaitu PAS dan DAP kurang berminat terhadap PRK Kajang.

Selain daripada itu, jika penekanan tidak diberikan kepada kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat, para pengundi khususnya dan rakyat amnya mungkin melupakan isu ini.

Jika demikian berlaku, maka tidak mustahil untuk Pakatan mengalami kekalahan di Kajang pada 23 Mac nanti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.