Sebutan kes khalwat 19 Mac ini
KANGAR - Mahkamah Syariah di sini menetapkan 19 Mac depan sebagai
tarikh sebutan kes seorang pemimpin politik wanita yang dituduh
berkhalwat bersama pasangannya selepas mereka ditahan anggota Bahagian
Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah
hotel, awal pagi kelmarin.
Menurut sumber Bahagian Penguatkuasa JAIPs ketika dihubungi, kedua tertuduh telah dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM2,500 setiap seorang.
Menurut sumber Bahagian Penguatkuasa JAIPs ketika dihubungi, kedua tertuduh telah dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM2,500 setiap seorang.
Katanya pasangan itu kini dibebaskan setelah membayar wang jaminan tersebut sementara menunggu kes berkenaan disebut di mahkamah.
Jelas beliau, keduanya akan didakwa mengikut Seksyen 9, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri Perlis yang membawa kepada denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Dalam laporan akhbar semalam, wanita yang berusia 34 tahun yang difahamkan seorang janda tiada anak itu telah ditahan dalam sebuah bilik bersama pasangannya berusia 47 tahun berasal dari Terengganu, jam 1.30 pagi kelmarin.
Sebelum serbuan, siasatan dilakukan terlebih dahulu oleh Bahagian Penguatkuasa JAIPs selepas menerima maklumat awam pada pukul 10 malam.
Hasil serbuan itu lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala dan kemeja T semasa membuka pintu manakala wanita itu pula memakai baju lengan panjang dan berkain batik berada di atas katil.
Mereka yang memberi kerjasama juga mengaku tiada sebarang ikatan perkahwinan.


0 orang berkata:
Post a Comment