SPR: Jangan emosi, elak provokasi
-
- Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media selepas mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sekamat, Batu 10 Cheras, Kajang, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
KAJANG - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz
Yusof mengingatkan penyokong calon yang bertanding pada PRK N25 Kajang
supaya tidak emosional dan menimbulkan provokasi hingga boleh
menjejaskan proses pengundian hari ini.
Beliau menegaskan pemimpin politik yang bertanding supaya menasihatkan penyokong masing-masing agar tidak menjejaskan keharmonian hari mengundi dan ia sepatutnya berlangsung dengan cara berhemah.
"Saya berharap penyokong parti itu jangan emosional, jangan membuat provokasi kepada pihak lain dan jika berterusan dikhuatiri pihak satu lagi akan membalas.
"Tidak perlu mereka ini buat kacau, lebih-lebih lagi mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak elok," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sekamat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut insiden provokasi yang timbul di pusat mengundi di SKJC Sungai Chua apabila penyokong PKR menimbulkan kekecohan namun keadaan terkawal dengan bantuan pihak polis.
Tambah Abdul Aziz, pihaknya kesal apabila penyokong pembangkang membawa sayur kangkung sekali gus telah menimbulkan rasa tidak senang kepada pengundi dan penyokong BN.
"Saya tengok ada orang bawa sayur kangkung, sayur itu patut dibawa berniaga, bukan di sini.
"Kalau hendak datang beri sokongan akhir kepada calon masing-masing, buat secara berhemah dan bersopan santun," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment