Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, March 23, 2014

MH370 - Celaru Sungguh: Polis Nafi Pulak!

Apa kita peningnya?
Bermacam cerita ada

Ahli keluarga mangsa lagilah peningnya....


Polis Nafi Laporan Juruterbang Terima Panggilan Misteri

Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 3:00 PM

Gambar Kapten Zaharie sedang menjalani pemeriksaan yang dirakam sebelum membuat pelepasan pada 8 Mac

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan akhbar tabloid asing bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menerima panggilan dari nombor telefon yang berdaftar dengan identiti meragukan sebelum membuat penerbangan pada 8 Mac lalu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata tabloid asing itu tidak mempunyai hak eksklusif untuk butiran siasatan.


"Ketua Polis tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan awam yang mengkategorikan siasatan MH370 di bawah tindakan keganasan.


"Perlu dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat, yang berasal daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan dan tidak disahkan," katanya, sambil menambah berita dalam tabloid itu hanya spekulasi semata-mata.


Beliau merujuk laporan akhbar tabloid British, The Mail bahawa Kapten Zaharie menerima panggilan dari nombor telefon yang berdaftar dengan identiti meragukan sebelum berlepas pada 8 Mac.


Laporan itu mendakwa penyiasat telah membuat penelitian terhadap panggilan dua minit yang dibuat menggunakan kad sim prabayar yang didaftarkan di bawah nama wanita, tetapi dengan pengenalan palsu.


Ia juga menyatakan bahawa polis telah mengesan kedai menjual kad sim prabayar itu di Kuala Lumpur.


Laporan itu mendakwa spekulasi bahawa pesawat itu mungkin telah dirampas oleh pengganas muncul selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengklasifikasikan kes kehilangan penerbangan MH370 sebagai tindakan keganasan, termasuk rampasan dan sabotaj. - sumber

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.