Thursday, March 20, 2014
MH370: Dah Menjadi Semakin Keliru!
P-8 Poseidon tidak temui apa-apa objek, lapor NBC
MARCH 20, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 20, 2014 05:31 PM
Kapal
terbang P8 Poseidon milik tentera Laut Amerika Syarikat ini adalah
antara yang tercanggih di dunia turut dikerah dalam operasi mencari dan
menyelamat pesawat MH370. - Gambar Reuters.
Kapal terbang
penyiasat canggih milik Tentera Laut Amerika Syarikat, P-8 Poseidon
tidak menemui apa-apa di kawasan yang dikatakan ada kelihatan objek pada
radar Australia.
Menurut NBC News, kapal terbang pengintip itu selesai melalui kawasan itu namun tidak menemui apa-apa objek.
Namun begitu, kapal terbang lain dalam perjalanan ke kawasan yang sama.
Sebelum ini,
Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memaklumkan pihaknya
mengesan dua imej oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah
serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek
yang besarnya berukuran 24 meter.
"Ia adalah
objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan
tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar
kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu
sidang media hari ini.
Australia
menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan
pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan
oleh satelit itu.
Air di kawasan
itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan
menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.
Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters. – 20 Mac, 2014. - MI
0 orang berkata:
Post a Comment