Thursday, March 6, 2014
Hero Yang Tidak Dilupakan
Sokongan rakyat bantu Mejar Zaidi bertahan hadap Mahkamah Tentera
OLEH LOOI SUE-CHERN
MARCH 06, 2014
OLEH LOOI SUE-CHERN
MARCH 06, 2014
Mejar
Zaidi Ahmad menjadi contoh mereka yang berani bercakap mengenai
kegagalan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13. Grafik oleh
@malaysian_gags
Juruterbang
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad amat bersyukur
dengan sokongan dan tawaran bantuan yang diterimanya sejak tiga minggu
lalu apabila mendedahkan beliau akan dihadapkan ke mahkamah tentera
kerana mendedahkan kegagalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), tahun lalu.
Juruterbang
yang berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang itu berkata, beliau
terharu dengan kata sokongan dan tindakan bertimbang rasa yang diberikan
oleh ahli politik, badan bukan kerajaan dan orang awam.
Ramai yang meluahkan rasa menyampah dan tidak percaya kerana seseorang diheret ke mahkamah ketenteraan kerana bersikap jujur.
“Ada yang datang mengucapkan tahniah kepada saya dan memberikan sokongan mereka, ucapan yang baik-baik dan kata-kata semangat.
“Ada juga yang
masih takut memberikan sokongan secara terbuka, walaupun di Facebook,
mungkin kerana takut ia menjejaskan kerjaya mereka. Tetapi, saya pasti
di dalam hati, mereka bersama saya juga,” katanya.
Zaidi berkata,
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam daripada
PAS, Khalid Samad juga menawarkan bantuan dan sokongan moral.
“Mereka
bertanya sama ada keluarga dan saya memerlukan sebarang bantuan untuk
melalui keadaan ini. Saya bersyukur dengan tawaran itu tetapi saya
berada dalam keadaan baik.
“(Ahli Parlimen
Sepang) Mohamed Hanipa Maidin yang mengendalikan kes saya secara pro
bono,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Zaidi berkata,
beliau hanya meminta Khalid membantunya memperomosikan bukunya berjudul
Peringatan-peringatan Penting untuk Bakal Jamaah Haji dan Umrah.
Katanya, beliau
mula menulis buku itu pada tahun lalu selepas tindakan dikenakan
kepadanya oleh tentera udara susulan daripada laporan polis yang
dibuatnya mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 pada Mei
tahun lalu.
Beliau
bercadang untuk menjual buku itu untuk mengumpul dana menampung yuran
guamannya dan menyara keluarga jika beliau kehilangan kerja dan pencen.
“Saya merancang untuk menulis lebih banyak buku, sekurang-kurangnya dua buku pada tahun ini.
“Saya mahu
menulis mengenai ketenteraan dan pengalaman hidup saya. Harapnya saya
dapat mencapai sasaran saya untuk menulis dua buku tahun ini,” kata
juruterbang jet pejuang yang ditugaskan menjalankan kerja pejabat pada
Mei lalu selepas membuat laporan polis mengenai dakwat kekal itu.
Isterinya ialah seorang suri rumah dan mereka mempunyai empat anak berumur antara tiga hingga 20 tahun.
Buku Zaidi dijual menerusi pos pada harga RM15 setiap satu dan mereka yang berminat membelinya boleh membayar ke akaun Zaidi.
Semalam,
Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan kempen
“Rakyat Sokong Mejar Zaidi” di media sosial untuk menyokongnya menjelang
perbicaraan kesnya bulan depan.
Pengerusi
Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut menghantar surat ke Majlis
Angkatan Tentera Malaysia meminta semua tuduhan terhadap Zaidi
digugurkan.
Dengan populariti dan kontroversi, Zaidi tidak terlepas daripada penipuan.
Katanya,
seorang rakan memberitahunya minggu lalu bahawa ada satu posting di
Facebook oleh seseorang yang kononnya mengutip sumbangan untuk yuran
guaman Zaidi.
“Rakan saya
tidak pasti sama ada number akaun di posting itu adalah milik saya
tetapi saya tidak mahu ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil
kesempatan atas kesukaran saya.
“Saya ada post
peringatan di laman Facebook saya ‘Sokong Mejar Zaidi TUDM’ bahawa saya
hanya ambil duit daripada jualan buku saya,” katanya.
Zaidi juga aktif di laman Facebooknya, memberi komen mengenai ketenteraan dan beberapa isu semasa.
Antara posting terbarunya ialah berkaitan perbalahan kawasan Laut China Selatan dan krisis air di Selangor.
Zaidi berkata, posting di Facebooknya adalah mengenai isu semasa, seperti keadaan kering dan panas sekarang.
“Saya kaitkan
musim kemarau dengan ajaran Islam yang menyatakan jika pemerintah
sesebuah negara kejam terhadap rakyatnya, menghukum mereka yang tidak
bersalah dan membebaskan orang bersalah, maka Allah akan bawa bencana
seperti kemarau dan banjir.
“Kita juga
perlu mengambil kejadian ini sebagai petanda daripada Tuhan. Jadi, kita
perlu hentikan semua kekejaman, perbetulkan apa yang salah dan hidup
seperti mana yang Tuhan dan agama kita tetapkan,” katanya.
Zaidi berdepan
beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 50 (2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan
Tentera 1972 di Mahkamah Tentera. Beliau didakwa pada 7 Februari lalu.
Beliau didakwa
mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran
Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang
seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat
laporan polis dan bercakap dengan media.
Zaidi juga
didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas
di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.
Beliau turut
didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat
kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan
kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis
Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun
lalu.
Dalam temubual
pertama bersama The Malaysian Insider bulan lalu, beliau berkata, beliau
melakukan semua itu walaupun tahu berdepan dengan masalah besar
daripada pegawai atasannya, kerana beliau rasa bertanggungjawab sebagai
umat Islam untuk membuat laporan polis mengenai kegagalan dakwat kekal
itu. – 6 Mac, 2014.



0 orang berkata:
Post a Comment