AZIZ BARY AJAR PAS BERPOLITIK - Pak Karamu
Aziz Bari: Keputusan Pas hari ini tiada makna

KUALA LUMPUR - "Sebaik-baik sahaja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dapat kemukakan 30 orang di belakang beliau 'game over' untuk Tan Sri
Khalid Ibrahim dan Pas," demikian menurut bekas pensyarah Undang-Undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengenai keputusan Pas hari ini.
Aziz berkata, keputusan yang dibuat oleh Pas hari ini sememangnya tidak membawa sebarang makna.
"Dalam undang-undang, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah jatuh.
"Situasinya adalah seperti seorang pencuri yang ingin memulangkan barang yang beliau curi kepada tuannya.
"Baiklah dalam bahasa mudahnya mana lebih banyak di antara 30 dengan 26," katanya pada forum mengenai keadaan politik Selangor di Dewan Himpunan Cina hari ini.
Justeru, Aziz dengan sinisnya berkata, Pas sekiranya ingin bersama dalam arus politk negara perlu pandai mengurus pasukannya.
"Kalau nak main bola hendaklah main bola bukannya bermain ragbi.
"Nak main bola main bola, kalau tidak pandai belajar," katanya.
Bagaimanapun, hujahan Aziz itu disangkal Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan keputusan Pas hari ini tidak membawa sebarang makna.
"Untuk politik, ini bukan keputusan yang tiada makna, tetapi satu keputusan yang membawa sejarah kepada politik negara dan Pakatan Rakyat," katanya.

6 orang berkata:
Skrg kite tggu... Bile hadi awang nk isi borang umno
ini le nama kawan makan kawan,politik tsik kucing,mana yg kena kat orng itu adil kena hidung sendiri lu pikir le sendiri politik x tak kotor tapi yg pemainye yg otak kotor lidah becabang lebih pada bewok kat longkang,walaupun ade dgre,mastr,phd htta yg berstus ulmak sma ke gla ksa,gla hrta,gla dnia, pkt dan nma sanggup mkn dging kwn sendri yg pntng ak jdi mb poorhh tnggu le pru akn dtng thu lh nsib klian.
Orang Islam pergi ketempat kafir untuk kutuk Islam??.. Adakah is sesuatu yang baik. Fikir2 man la.. ITU lab sebahagian Dari pkr.
Ambe mati hidup semula pun x akan sokong umno yg telah banyak menjahanamkan islam dan melayu
pkr n umno nie dari jasd yg sama cuna baju je yg tukar nye.
Kita harap sultan tolak wan azizah, khalid pula mohon perkenan sultan bubar dun..baru puas hati..biar BN yg kuasai slangor, baru semua akan senyap.
Post a Comment