Sunday, August 10, 2014
ANWAR PANIK ! KHALID IBRAHIM TERIMA SOKONGAN MAJORITI ADUN SELANGOR ….
Seperti dijangka, Khalid Ibrahim telah dipecat dan ditendang keluar daripada parti PKR.
Persoalan besar sekarang ialah apakah seterusnya?
Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor untuk memperjelaskan isu terbaru ini. Sekarang, status ADUN Selangor adalah seperti berikut :
15 ADUN PAS
15 ADUN DAP
13 ADUN PKR
12 ADUN BN
1 ADUN BebasWalau pun Khalid Ibrahim bukan lagi ahli PKR, jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor tidak tergugur secara automatik.
Khalid Ibrahim masih lagi Menteri Besar yang sah mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan perlantikan beliau pada awalnya turut direstui Sultan Selangor seperti termaktub dalam Perkara 51 (1) dan Perkara 53(2).
Lihat di bawah :
Khalid Ibrahim hanya
akan hilang status Menteri Besar jika beliau meletakkan jawatan atau
ditolak oleh majoriti ADUN Selangor melalui undi tak percaya seperti
termaktub di dalam Perkara 53(6). Lihat di bawah :
Jawatan Menteri Besar juga gugur jika Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor seperti Perkara 55(2)b
MiM tidak pasti perincian yang bakal dibentangkan oleh Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor tetapi apakah beliau akan menyakinkan baginda bahawa beliau masih lagi mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor?
Sultan Selangor tentu akan menasihatkan Khalid Ibrahim tentang beberapa perkara legistatif kerana baginda mempunyai autoriti untuk melakukan perkara tersebut.
Seperti yang MiM katakan sebelum ini, the ball in on Khalid Ibrahim's feet, bukannya PKR lebih-lebih lagi bukan Anwar Ibrahim.
Sekarang, Khalid Ibrahim sudah 'dibebaskan' oleh parti PKR untuk tidak lagi mengambil kisah tentang parti yang korup dan mengamalkan kronisme melampau itu.
Khalid Ibrahim ada 2 perkara yang difikirkan :
1. Beliau berdepan dengan undi tidak percaya dan daripada 56 ADUN Selangor, beliau perlukan lebih daripada 28 ADUN yang menyokong beliau untuk kekal sebagai Menteri Besar.
2. Jika perkiraan beliau sebaliknya, Dewan Undangan Negeri boleh dibubar setelah mendapat perkenaan Sultan Selangor.15 ADUN DAP tidak akan menyokong Khalid Ibrahim.
Beberapa ADUN PKR yang simpati dan turut meluat dengan penyalahgunaan kuasa serta kronisme melampau PKR akan menyokong Khalid. Tetapi mereka ini tidak akan menunjukkan sokongan mereka secara terbuka.
Lain pula dengan 15 ADUN PAS. Ada di antara mereka yang menyuarakan sikap tidak menyokong Khalid secara terbuka. Yang lain sepatutnya masih lagi menghormati keputusan kepimpinan tertinggi PAS dan juga Majlis Syura PAS.
Akhirnya ialah 12 ADUN BN yang MiM jangka bakal menjadi penentu kepada kesinambungan Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar jika berlakunya undi tidak percaya.
Dan jika ADUN-ADUN Barisan Nasional akur dengan sentimen rakyat Selangor yang masih mahukan Khalid Ibrahim, apakah akan berlaku perkongsian kuasa kerajaan negeri dengan Barisan Nasional selepas ini?
MiM tidak jangka perkara ini akan berlaku kecuali jika kesan dominonya melibatkan seluruh negara.
Apa-apa pun, yang penting ialah kronisme melampau PKR terkubur dan kerajaan negeri tidak dipegang oleh Menteri Besar yang bakal menjadi puppet seorang pemimpin yang gila kuasa dan semakin senja politiknya. Ini yang paling penting.
Kita boleh guna matematik mudah untuk mendapatkan jawapan sama ada Khalid dapat cukup sokongan daripada ADUN-ADUN di Selangor. Khalid masih ada peluang.
Yang menariknya juga ialah jika Khalid Ibrahim berjaya menafikan undi tidak percaya itu, beliau mempunyai autoriti untuk merombak barisan Exco negeri dan membuang Exco-exco negeri yang tidak menyokong beliau.
Beliau tentu akan melantik ADUN-ADUN yang menyokong beliau.
Sungguh menarik untuk kita tunggu dan lihat finale krisis MB Selangor ini!
6 orang berkata:
sbtl2nya org2 umnok ler yg nynyok sbb sibukkn rmhtngga org...yg si gagap ni bendul mcm lembu kena cucuk hidung, dulu kena kuda dgn pkr dan skrg kena gula2 dgn umnok...bahlul bin banggang...
gagap ni dia ingat politik dgn koporat sama mcm dia uruskan guhtrie dulu...
Adun2 yg mnyokong beliau dr kump umnok ler...jwpn keling bunting boleh jwb....
Pasti ada sesuatu yg di ceritakn tski kpd hj hadi dn tn guru nik aziz bg mndapat sokongan dr pas..pimpinan pkr kena tnya tntng apa yg diceritakn tski..klau tidak..pkr akn dituduh yg bkn2..contoh isu duit reserve krjaan negeri..tski blh creat story yg pkr nk guna duit tu tp kononya tski x setuju..jd nmpk mcm baik lah tski ni dn anwar nmpk jahat dn tmk..konon la...tski dh mula goyang bila isu intergriti dirinya dh trkantoi..sekadar renungan je..
Pergolakan kerana ingin mnjadikn sesuatu lebih baik utk rakyat selangor adalah lebih baik dr umno bn yg sentiasa bergolak bg mempertahankn tmbolok masing2..
Saya ahli pas profesional.. Dalam keadaan nak tukar mb ni.. Parti jangan lah mengambil langkah tergesa-gesa atau kalut, dan ini telah di perlihatkan oleh rakyat selangor serta seluruh malaysia bahawa nampak parti tadi bersikap memalukan..dari segi pemilihan cabangnya kecoh,pemilihan naib kecoh..dan pelbagai.. Budaya ini dilihat oleh rakyat yang inginkan peminpin yang baik dan brtanggungjawab.. Akhir sekali bila sikap kebudak-budakan menguasai diri ini lah jadi dan akan hancur dan kalah dalam peperangan dengan musuh tradisi.. Kembali pada perlembagaan islam al-quran dan sunnah, segalanya beri keadilan dan manusia tidak akan tersesat dan menyesatkan...
Post a Comment