Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 8 September 2014

Rupanya Blogger Alhusseyn Sudah Awal-Awal UG Dengan Umno.

 SMS yang dihantar kepada ahli Umno untuk hadir yang mana PAS Cawangan Sungai Rokam.
Gua tidak akan dedahkan sumber yang gua dapat tetapi gua jamin inilah SMS yang dihantar kepada ahli Umno dan gua tidak tahu berapa ramai ahli Umno yang mendapat SMS ini. Adakah lu faham makna SMS di atas?. Ia adalah jemputan untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PAS Cawangan Sungai Rokam yang mana pengerusinya ialah Cikgu Ali atau nama bloggernya Alhusseyn.
Sebenarnya gua sudah lama menyimpan SMS ini jika mengikut tarikhnya ialah 15/9/2013 iaitu sudah hampir satu tahun gua simpan. Gua terpaksa sebarkan setelah tuduhan-tuduhan yang beliau lakukan terhadap TGHH, presiden parti beliau yang sah yang telah beliau jadikannya sebagai musuh beliau nombor wahid. Kenapa gua kata begitu ialah bila Ustaz Ahmad Awang yang gua sendiri hormati dikaitkan dengan penubuhan Pasma yang beliau anggap satu fitnah. Gua rasa beliau memang layak bersama dengan Pasma jika dah rasa diri hebat sangat.
Beliau bukan main melenting dengan melemparkan yang fitnah itu datangnya dari kelompok UG atau bahasa mudahnya dari kalangan penyokong TGHH tanpa usul periksa. Berbagai mana perkara beliau ungkitkan tetapi beliau sendiri berUG dalam gelap dengan Umno dan buktinya tertera di atas. Dia ingin rahsia orang sajer dia tahu, rahsia dia orang tak tahu ker.
Gua tak kata dia salah untuk mempertahankan Ustaz Ahmad Awang kerana mungkin beliau kenal akan badan tubuh pujaannya tetapi beliau pun perlu ingat orang yang mempertahankan TGHH kerana mereka pun tahu siapa TGHH dan badan tubuhnya. Apa yang gua paparkan setelah dua komen gua kepada artikel beliau dia tanam dalam-dalam. Kalu dah anti sangat dengan TGHH, keluar parti jadi ajk Pasma atau letak calon hebat lu tanding jawatan Presiden. Lu macam ayam telur sebiji riuh sekampung, berani bersuara selepas pemilihan sudah berlaku mula menunjuk ketidak puas hati atau lu sudah jadi macai Ketum.
Gua nak tanya lu, adakah lu sudah meninggalkan jemaah asal lu Alqam atau lu masuk PAS demi menyelamatkan diri lu dari diangkut dalam operasi bebas-besaran penangkapan pengikut Alqam sehingga pengharamannya. Bukan main rancak serangan lu terhadap pucuk pimpinan tinggi PAS sehinggakan perlembagaan PAS pun lu belum khatan-khatan lagi. Masih tak faham kuasa presiden sendiri, memang beliau dilantik tetapi perlembagaan PAS sudah menetapkan yang Presiden mempunyai kuasa bukan macam kata Mat Sabu, hanya kenyataan peribadi sahaja.

Jika nak tahu bagaimana nak cari blogger pengecut, inilah orangnya kerana apa gua kate gitu pasai kalu lu baca artikelnya tentang isu-isu yang berat, beliau akan mengambil sumbernya sahaja dan beliau hanya ubah tajuk jer. Supaya jika ada tindakan terhadap artikel itu, senang beliau berlepas tangan dengan alasan ia adalah dari sumber sekian-sekian, itulah perangai blogger Alhusseyn. Gua tak nak nafikan akan sedikit dari jasanya dengan kekalahan Midah.

Beliau hanya berani bersilat pulut dengan Midah jer dan kekalahan Midah pun bukan kerana kerja keras beliau. Apabila berlaku krisis kerajaan Perak, apa yang beliau sumbangkan untuk PR dan jika beliau benar-benar hebat kenapa beliau tidak bersama dengan Albanjari didalam bilik media yang bertungkus lumus menyalurkan berita. Jika beliau rasa hebat kenapa Perak sampai sekarang tak menang jika mengikut perkiraan bijaknya, PR akan menang besar kerana rakyat Perak sudah hilang kepercayaan terhadap BN. Itu pun masih nak menyibuk kat negeri orang, negeri sendiri pun tak terurus.

Tanyalah Albanjari jika lu tidak percaya, walau pun gua duk di Selangor gua pun tahu serba sedikit siapa sebenar Alhusseyn yang dikatakan seorang blogger  a.k.a. Cikgu Pencen a.k.a. pengikut Abuya .yang hebat dalam penulisannya. Bagi gua yang hanya dianggap blogger nyamuk ni menyarankan agar parasit Sungai Rokam patut disingkirkan. Bukan semua jemaah PAS Cawangan Sungai Rokam bersependapat dengannya yang sudah lama gua dengar.
Inilah di antara yang ratib UG UG UG UG setiap hari tapi menuduh penyokong TGHH yang dok gila nak berUG dengan Umno. PAS tak ingin dan tidak akan sesekali bersama dengan Umno dan peristiwa PAS bersama Perikatan dan BN pun sampai sekarang orang tak tahu siapa dalang yang membawa PAS bersama Umno. Untuk memperbetulkan tentang ratib UG UG UG itu bukan dari PAS Terengganu atau TGHH tetapi dari blogger yang hebat, Alhusseyn.

Jika gua sudah menunjukkan salah seorang anggotanya maka lu all sendiri boleh menjangka siapa lagi di kalangan mereka. SMS di atas adalah benar dan gua tidak ada menambah walau satu ayat pun kerana gua ada membuat pembandingan dengan ahli PAS Sungai Rokam. Bila berak tu pandai-pandai sapu, jangan tinggal kat orang lain untuk membersihkannya./GANR

1 orang berkata:

awekaste said...

Salam

stakat sms sapa pun boleh buat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.