• Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) memeriksa sebuah peti undi di Pusat Pengundian MRSM Tumpat- Foto Sinar Harian oleh  KHIRU SHALEH ABDULLAH Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) memeriksa sebuah peti undi di Pusat Pengundian MRSM Tumpat- Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
1 / 1
TUMPAT - Peratus keluar mengundi bagi PRK Pengkalan Kubor ialah 54 peratus atau 12,945 sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada PRU13 lalu.

Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK Dun Pengkalan Kubor dapat
diumumkan kira-kira, 9 malam ini.

PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mat Razi Mat Ail, calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
  
PRK Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.