• Azmin Ali Azmin Ali
1 / 1
SHAH ALAM -  Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi menziarahi bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang menjalani rawatan di situ.

Mohamed Azmin menerusi tulisan Facebooknya merayu orang ramai berdoak agar kesihatan Nik Aziz agar terus kekal sihat.

Menziarahi Tok Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat di HUSM. Marilah kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Tok Guru yang kini dalam keuzuran,” tulisnya, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Nik Aziz keletihan, rehat di hospital]


NiK Aziz yang kini berusia 83 tahun, sering sakit sejak kebelakangan ini.