Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Jumlah mangsa banjir di Perak, Johor meningkat, Pahang, Terengganu menurun

31/12/2014 10:42am

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Perak dan Johor terus mencatatkan peningkatan pagi ini, manakala di Pahang, Terengganu dan Kelantan jumlah mangsa masih tinggi walaupun Pahang dan Terengganu menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.

Di Perak, keadaan banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kerian sedikit meningkat kepada 7,748 orang daripada 2,066 keluarga berbanding 7,577 daripada 2,022 keluarga malam tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kawasan Manjung merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir membabitkan kawasan di Mukim Lekir iaitu seramai 36 mangsa daripada lima keluarga yang dipindahkan ke satu pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di Perak Tengah masih terjejas teruk dengan seramai 4,891 mangsa, diikuti Kuala Kangsar (1,706 mangsa), Hulu Perak (794 mangsa) dan Kerian (321 mangsa).

Di Johor pula, jumlah mangsa meningkat kepada 172 orang daripada 42 keluarga di Batu Pahat, Segamat.

Sementara itu di Kelantan, setakat 10 pagi tadi tiada maklumat terkini diperoleh dengan 110,747 mangsa direkodkan malam tadi yang melibatkan 28,880 keluarga di 255 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Pahang pula berkurangan kepada 51,356 orang berbanding 51,484 orang di 254 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kotinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan jumlah pemindahan paling ramai iaitu 21,303 mangsa di 65 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 11,926 mangsa, Jerantut (5,328 mangsa), Maran (3,352 mangsa), Kuantan (3,402 mangsa), Bera (3,061 mangsa), Lipis (2,818 mangsa) dan Rompin (166 mangsa).

Di Terengganu, jumlah mangsa menurun kepada 15,975 orang berbanding 24,894 orang malam tadi. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.