Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

IKUT HATI NAK CAKAP


Dato Ahmad Yakob, beritahu banjir ini menyayat hati, Nik Amar kata tak seteruk 1967.

Ikut pendapat Timbalan Menteri Besar Datuk Nik Amar, bah ini tidak seteruk banjir tahun 67.Namun terbukti apabila terbentuk Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Peringkat Negeri Kelantan, banjir di Kelantan sememangnya menyayat hati.
KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Melihat kepada situasi yang menyayat hati setelah air banjir mulai surut dengan keadaan rumah yang banyak rosak dan barangan musnah, Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusi sendiri oleh saya selaku Menteri Besar Kelantan.
Matlamat penubuhan Task Force ini ialah untuk membuat gerak kerja pendaftaran mangsa secara terperinci dan bagi membuat penilaian awal serta kerja-kerja susulan untuk khidmat kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, seluruh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil daripada BBC, wakil Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas dan beberapa orang ahli korporat.
Kerajaan juga telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut. Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.
USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

1 orang berkata:

Anonymous said...

Itu pndpt dia bila wartawan tanya...itu x penting bantuan perlu segera....banjir besar @ kecil bkn soal

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.