• Banjir
1 / 1
IPOH - Daerah Manjung menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir selepas daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Perak Tengah.

Sejumlah 36 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Kayan hari ini.

Dengan pertambahan kawasan terbaharu itu, jumlah mangsa banjir keseluruhan di Perak meningkat kepada 7,748 mangsa.