Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, December 5, 2014

Rafizi Bangga Disaman PM Najib Dan Rosmah




Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bangga disaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempertahankan subsidi milik rakyat.

Menurutnya, beliau hari ini menerima surat memohon penjelasan (demand letter) daripada Firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi pihak Najib, berhubung kenyataannya dalam video bertajuk “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak.”

“Surat seperti ini adalah surat awal, sebelum tindakan saman diambil.

“Video tersebut adalah rakaman sebahagian daripada ucapan saya di Bandar Tun Razak, pada 22 November 2014 yang mempertahankan subsidi minyak sebagai hak rakyat.

“Rakaman tersebut boleh didapati di laman MediaRakyat,” katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya.

Rafizi berkata, beliau sudah menjangkakan Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, selepas rakannya, Tony Pua menerima surat sama minggu lalu.

“Saya percaya ia ada kena-mengena dengan kritikan berterusan daripada kami berdua mengenai 1MDB.

“Saya berasa bangga mendapat saman daripada seorang Perdana Menteri, kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter, dalam keadaan pimpinan negara berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek-projek yang membebankan rakyat, seperti 1MDB.

Rafizi sedia berdebat dengan mana-mana pimpinan UMNO, baik yang muda atau tua, menteri atau tidak, dalam mempertahankan subsidi minyak ini.

“Saya telah menyatakan secara terbuka bahawa saya sedia berdebat dengan mana-mana pimpinan UMNO, baik yang muda atau tua, menteri atau tidak, dalam mempertahankan subsidi minyak ini.

“Sehingga sekarang, tidak ada seorang pun pimpinan UMNO, daripada Ketua Pemudanya hingga Ketua Penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini,” katanya.

Beliau berkata, surat pohon penjelasan itu datang tepat pada masanya, dalam keadaan tiada pimpinan UMNO yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak.

“Sewajarnya, Najib tampil menjawab hujah-hujah saya secara terbuka, kerana saya sekali lagi mencadangkan beliau tampil berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, khusus mengenai isu subsidi minyak yang menjadi isu besar di kalangan rakyat.

“Sementara itu, saya akan menjawab surat Najib dan bersedia memberi keterangan di mahkamah kelak.

“Saya juga percaya, Najib akan menggunakan mahkamah dengan menjadi saksi dan memberi keterangan mengenai 1MDB, wang pencen dan kes-kes lain yang berkaitan keputusan beliau memotong subsidi,” katanya.




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.