• Azisman Alias Azisman Alias
1 / 2
SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berumur 20-an susulan insiden kekecohan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi tujuan soal siasat dan dibebaskan beberapa jam kemudian dengan jaminan polis.

"Seorang penyokong pasukan Vietnam cedera dalam pergaduhan antara kedua-dua penyokong ketika perlawanan memasuki minit ke-85, tetapi hasil tindakan pantas polis insiden berkenaan berjaya dileraikan," katanya dalam kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Dalam perlawanan semalam menyaksikan skuad Harimau Malaya kecundang di laman sendiri selepas kalah 2-1 kepada Vietnam. - Bermama