Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
30 April tarikh akhir pada peniaga
  • Subromaniam Tholasy Subromaniam Tholasy menunjukkan contoh invois yang mematuhi kehendak perundangan GST semasa sidang media bersama Alias Ahmad mengenai CBP di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
PUTRAJAYA - Semua perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengutip GST diberi tarikh akhir pada 30 April 2015 untuk memastikan mesin juruwang di premis masing-masing mengeluarkan resit yang mematuhi sistem GST.

Pengarah Bahagian GST Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, sebelum ini banyak alasan diterima daripada peniaga bahawa mesin yang ditempah atau sudah dibeli belum sampai ke premis, menyebabkan mereka mengeluarkan resit yang tidak mempunyai butiran diperlukan di bawah Akta GST 2014.

“Itu tarikh akhir, terutamanya kepada peruncit, sama ada restoran atau kedai runcit. Sebab mereka tidak lagi dibenarkan keluarkan invois dengan tulisan tangan kecuali mereka ada invois pracetak,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan GST bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad, di sini, semalam.

Menurutnya, bagi invois pracetak pula, iaitu resit yang telah dicetak sebelum pelaksanaan GST, kastam membenarkan ia digunakan sehingga 30 September 2015 sahaja.

“Invois pracetak bermakna sudah dicetak semuanya, cuma perlu tulis jenis barang (yang dibeli pelanggan). Itu kami hanya benarkan kalau ia memenuhi semua ciri-ciri invois cukai, walaupun kita tidak galakkan. Agak susah untuk peniaga gunakan invois pracetak kemudian cuba nak tulis (butiran yang diwajibkan di bawah Akta GST 2014).

“Kita mahu kalau boleh semua gunakan sistem mesin juruwang yang patuh GST. Mesin juruwang patuh GST yang paling murah adalah antara RM1,000 hingga RM2,000. Harap peniaga ambil iktibar untuk tukar sistem ini sebab selepas 30 April pegawai penguat kuasa kastam akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Menurutnya, hampir 40 peratus daripada 1,617 aduan orang ramai yang diterima sepanjang pelaksanaan GST dari 1 April hingga 5 April 2015 adalah berkenaan resit yang dikeluarkan peniaga berdaftar GST.

Katanya, Akta GST 2014 mewajibkan maklumat tertentu tertera di dalam resit jualan tetapi daripada pemerhatian, masih ada peruncit yang mengenakan GST tetapi mengeluarkan resit tanpa nombor pendaftaran 12 digit GST.

“Itu bukan invois cukai, kita tak boleh terima. Invois cukai mesti ada nombor pendaftaran GST. Ada juga kes yang nombor pendaftaran tidak sampai 12 digit, itu semua merupakan kesalahan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.