Kemanakah kamu tujukan do'a itu wahai hambaKu !
Permatang Pauh di katakan agak tegang dan kecoh sesama anggota PR gara-gara kenyataan menentang HUDUD oleh Presiden PKR Wan Azizah, orang luar mungkin tidak tahu apa yang berlaku di Permatang Pauh, akan tetapi orang di Permatang Pauh adalah maklum, akibat daripada kenyataan tersebut PAS di Permatang Pauh menuntut Presiden PKR menarik balik kenyataannya secara terbuka jika PKR mahu PAS membantu PKR dalam melaksanakan tugas pilihanraya kecil di situ
Kenyataan Wan Azizah sebagai Presiden parti yang di katakan akan bertanding di situ tentunya memahami perasaan ahli PAS di Kawasan tersebut bahawa kenyataannya menolak hukum HUDUD bererti dia menempelak dasar perjuangan PAS, rasanya ini tersangat berat untuk di tanggung oleh anggota parti PAS di situ, dalam masa yang sama setelah dasar perjuangan PAS di tempelak mereka mengharapkan pula kerjasama daripada PAS bagi menghadapi pilihanraya, rasanya ia suatu yang ganjil dan tidak menesabah
PAS di Permatang Pauh mungkin dapat meneka, barangkali kenyataan daripada Presiden PKR itu mungkin untuk mendapat perhatian daripada DAP atau masyarakat cina di situ, supaya Presiden PKR itu mendapat lonjakan pujian yang melangit daripada DAP dan masyarakat cina kerana berani membuat kenyataan menentang hukum Tuhan yang di perjuangkan oleh PAS puluhan tahun, sedangkan pada waktu yang sama kenyataan Wan Azizah itu menjadi kegusaran perasaan anggota PAS di Kawasan tersebut
Presiden PKR yang sentiasa berpakaian menepati hukum agama tidak sepatutnya mencela hukum yang di tetapkan oleh agamanya sendiri secara terbuka, sekalipun kenyataan itu kerana mengharapkan mendapat simpati politik dan pujian daripada kaum yang bukan islam, dia tidak sepatutnya berbuat demikian, apakah dia mahu menggadaikan maruah hukum agama anutannya kepada kaum yang bukan beragama islam di samping memburukkan dasar perjuangan yang di bawa oleh PAS yang berada di dalam satu kumpulan (PR) ?
Orang Permatang Pauh terutamanya umat islam yang berada di sana nampak di mana kelemahan yang sangat ketara cara Presiden PKR itu berpolitik, dia sanggup menolak hukum agamanya sendiri demi politik, maka berbanggalah dia dengan kenyataannya itu, tanpa menyedarinya dia sesungguhnya telah di intip dan di tulis oleh dua malaikat di dalam profile hidupnya


0 orang berkata:
Post a Comment