Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

[BERGAMBAR] Siapa Edar Buku Hina Pemimpin Progresif PAS?


Kenyataan ‘sarcastic’ Nasrudin Tantawi di FB

Sebuah buku yang didakwa cuba menjatuhkan pemimpin PAS telah didedarkan menjelang Muktamar parti itu pada Jun ini.

Buku itu menyenaraikan lima pemimpin PAS yang didakwa sebagai parasit yang mahu menjatuhkan pemimpin golongan ulama dalam parti itu.

Mereka ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Pengarah Pilihan PAS Pusat; Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat; Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Hanipa Maidin serta Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi.

“Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu, Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpang itu semakin rosak dan lunyai,” antara isi kandungan buku itu.

Buku bertajuk ‘Siapa Perosak Sebenar PAS’ itu telah dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi di akaun Facebook.

“Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? ni dah mula main kasar ni.

“Saya harap ahli PAS tidak menyebarkannya,” tulis Ahli Parlimen Temerloh itu.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun dianggap sebagai sarcastic atau kiasan kerana Nasrudin merupakan penyokong kumpulan ulama dalam PAS yang tidak sehaluan dengan pemimpin liberal atau dirujuk golongan Anwarinas.

PasMA dikatakan ditubuhkan untuk menggantikan PAS dan mendapat sokongan DAP dan PKR yang tidak senang dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -FMT

1 orang berkata:

Anonymous said...

Bagaimana kita menilai lawan dan kawan Dan bagaimana kita membezakan bijak dan tidak bijak.
1.membantah gst sebagai cukai haram dan zalim dari kerajaan yg zalim dan boros.tapi kita percaya kerajaan dan parti yg sama untuk menyokong ruu enakmen kanun jenayah syariah.
2.bagaimana kita menghalau teman seperjuangan kita yang sgt dibenci oleh musuh kita.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.