• Mohd Khairuddin Aman Razali at-TakiriMohd Khairuddin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 Pas kawasan Jerlun
 1 / 1 
JERLUN - Dewan Ulama Pas tetap mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan dalam melaksanakan GST, selain menyifatkan hukum pelaksanaannya sebagai haram.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, selagi sistem GST tidak membezakan antara golongan kaya dan miskin, selagi itu ia bercanggah dengan Islam.

“Pelaksanaan GST tidak menepati syarat pengharusan cukai dalam Islam. Saya harap Majlis Fatwa Kebangsaan tarik balik fatwa terbabit dan saya bersedia dipanggil oleh jawatankuasa fatwa bagi menyatakan pandangan syarak secara harmoni,” katanya, selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 Pas kawasan Jerlun, semalam.