• Abdul Hadi berucap pada program Bicara Minda, "Hudud Dari Kaca Mata Hadi" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
1 / 1
Hadi Awang
SHAH ALAM - "Hudud itu hukum hudud ALLAH, bukan milik Pas ataupun milik Umno. Siapa yang kata begitu tidak faham hudud sebenarnya," demikian tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan dialog pada program khas Sinar Harian, Bicara Minda: Hudud Dari Kaca Mata Hadi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud dari kaca mata Hadi Awang]
Ketika berucap, beliau menegaskan, hukum hudud diturunkan kepada manusia menerusi kitab suci al-Quran.

Tegasnya, hukum hudud seperti yang tertulis dalam kandungan al-Quran wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.

‎"Dalam syariah ada banyak cabang termasuk politik, ekonomi, keluarga dan jenayah.

"Hukum jenayah pula ada tiga. Yang wajib itu hukum hudud. Ia adil, dan tidak boleh diubah," katanya lagi.